CINTA atau sayang boleh ada pada ibu bapa, anak-anak, sahabat, negara, alam sekitar, kedamaian dan sebagainya. Peri pentingnya cinta atau sayang itu adalah usaha yang bersungguh-sungguh dalam memastikan yang disayangi itu beroleh yang terbaik. Sehubungan dengan hal ini, dalam konteks pendidikan seharusnya ada nilai cinta atau sayang kerana ia akan menyuburkan rasa itu antara guru dengan profesion keguruan, guru dengan Kementerian Pendidikan (KPM), guru dengan murid, murid dengan guru, murid…










