Nafi atur pertarungan tinju 

Nafi atur pertarungan tinju  

Farkhan Mohd. Haron
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Petinju Muhamad Farkhan Mohd. Haron menamatkan kariernya dengan sempurna apabila mempertahankan tali pinggang WBC Asia Bridgerweight menewaskan Jaskaran Singh dari India, bulan lalu.

Bagaimanapun, penamat yang disangka indah buat petinju dari Johor ini terpalit tuduhan liar yang mendakwa pertarungan bagi Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) telah diatur.

Kata petinju dengan gelaran Farkhan ‘The Southern Tiger’ Haron, tuduhan itu melukakan hatinya yang memulakan kariernya di pentas Sukan Malaysia (Sukma) dan pernah memenangi sembilan pingat dalam pelbagai kategori dan lebih membanggakan memiliki rekod tanpa kalah 13-0.

“Saya terbaca banyak komen warganet, hampir 30 peratus bercakap negatif tentang saya. Ada yang ‘body shaming’ mengatakan saya gemuk, boroi dan sebagainya, itu saya boleh terima kerana pernah melaluinya.

“Tetapi perkara yang mengecewakan saya ialah apabila orang cakap ini perlawanan terakhir saya ini adalah perlawanan yang diatur.

“Ini adalah kejohanan rasmi WBC Asia, semua pengadil, hakim dan juri adalah dari luar negara, Johor hanya tuan rumah sahaja. Lawan saya, Jaskaran Singh berada di ranking kelima manakala saya berada di tempat keempat, kami bukan pilih siapa nak lawan ikut suka.

“Jadi, saya merasa sedih apabila tuduhan ini dilemparkan tambahan pula bila ada ahli keluarga terbaca mengenainya. Mungkin yang mengata itu tidak suka JDT (Johor Darul Ta’zim), soal kenegerian atau sebagainya, saya merasa cukup sedih,” katanya kepada pemberita.

Dalam perlawanan yang berlangsung pada 16 Februari lalu, bekas juara Antara Benua IBF itu menewaskan lawannya pada pusingan keempat menerusi technical knockout (TKO) bagi mempertahankan tali pinggang kejuaraan ejuaraan WBC Asia Bridgerweight serta rekod tanpa kalahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×