Latihan jet F-16 mendarat di lebuh raya Indonesia - Utusan Malaysia

Latihan jet F-16 mendarat di lebuh raya Indonesia

SEBUAH jet F-16 terlibat dalam latihan mendarat dan berlepas di lebuh raya. - ANTARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Tentera Udara Indonesia (TNI AU) melakukan latihan berlepas dan mendarat di laluan sepanjang tiga kilometer di Lebuh Raya Tol Pasuruan–Probolinggo, Jawa Timur bagi menilai kesesuai­annya sebagai landasan alternatif.

“Latihan ini sebahagian daripada usaha TNI AU meng­uji kesiapsiagaan operasi dan keupayaan kami memanfaatkan infrastruktur sedia ada di wilayah tertentu, khususnya lebuh raya tol, sebagai landasan alternatif bagi operasi tentera udara,” kata Ketua Turus TNI AU,  Marsyal Mohamad Tonny Harjono.

Ketika berucap di Probolinggo pada minguu lalu, Harjono berkata, latihan itu memlibatkan dua pesawat Embraer EMB-314 Super Tucano dari Pangkalan Udara Abdulrachman Saleh di Malang dan dua jet pejuang F-16 Fighting Falcon dari Pangkalan Udara Iswahjudi, Madiun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, pesawat berkenaan berjaya me­lakukan pendaratan dan berlepas di laluan lebuh raya tol selebar 24 meter itu.

Harjono berkata, latihan itu menyusuli latihan seum­pamanya di Lebuh Raya Tol Terbanggi Besar di Lampung pada 11 Februari 2026.

Beliau menjelaskan bahawa lebuh raya tol hanya digunakan sebagai landasan alternatif dalam situasi kecemasan, sambil menegaskan bahawa keselamatan orang awam dan penggunaan infrastruktur ke­kal menjadi keutamaan.

“Sebagai contoh, kami boleh menggunakan lebuh raya tol dan infrastruktur tempatan lain sebagai alternatif apabila landasan sedia ada, lapangan terbang atau pangkalan udara tidak lagi boleh digunakan untuk operasi tentera udara,” katanya.

Beliau menambah bahawa TNI AU sudah mengenal pasti beberapa lagi lebuh raya tol untuk latihan pada masa hadapan, termasuk Lebuh Raya Tol Ci­binong–Cilincing.

Ia termasuk  lebuh raya tol yang dirancang dibina di Lombok, Nusa Tenggara Barat, katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini