ISKANDAR PUTERI: Harimau Selatan tidak rela diikat lagi sebaliknya memburu kemenangan untuk mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Elit (ACLE) 2024-2025 dalam perlawanan menentang Buriram United, malam ini. Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio turut menyifatkan perlawanan kedua di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) itu ibarat perlawanan akhir kerana kedua-dua pasukan sedar kemenangan akan melangkah ke suku akhir. “Perlawanan esok penting untuk JDT, mungkin yang paling penting dalam…










