Lapan sukan di Olimpik dapat dana khas RM20 juta 

Lapan sukan di Olimpik dapat dana khas RM20 juta 

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil langkah proaktif dalam memperkukuh pembangunan bakat atlet negara menerusi peruntukan khas RM20 juta untuk lapan sukan terpilih dalam program pembangunan Sukan Olimpik.

Lapan sukan yang terpilih adalah sukan badminton, olahraga, terjun, renang, berbasikal, memanah, taekwando dan skuasy.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menjelaskan bahawa inisiatif ini bertujuan mengatasi isu kekurangan pendedahan serta dana bagi atlet muda yang berpotensi untuk bersaing di peringkat Olimpik.

“Selalunya, antara keluhan yang diterima ialah kenapa bola sepak mendapat sokongan kewangan yang besar sedangkan sukan Olimpik lain tidak diberi perhatian yang sama. 

“Oleh itu, KBS membuat keputusan untuk memohon dana tambahan daripada Kementerian Kewangan.

“Dana ini akan digunakan bagi mengenal pasti bakat baharu serta menghantar mereka ke pertandingan peringkat antarabangsa bagi meningkatkan daya saing dan keyakinan mereka,” kata Hannah kepada pemberita selepas sesi perasmian bengkel program pembangunan Sukan Olimpik, di sini, semalam.

Sementara itu, Hannah turut menekankan bahawa peruntukan ini tidak akan diagihkan secara sama rata kepada semua sukan kerana keperluan setiap sukan berbeza.

Beliau yakin bahawa suntikan dana ini akan membuka lebih banyak peluang kepada atlet muda untuk menonjol dan memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat di masa hadapan.

“Kami mahu melihat hasil daripada pelaburan ini dan membuktikan bahawa dana yang diberikan mampu membawa perubahan besar kepada prestasi sukan negara di peringkat Olimpik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN