SEJAK Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, mengumumkan pada 13 Januari lalu bahawa pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan permohonan untuk mahkamah mengeluarkan perintah larangan bersuara (gag order) pada 20 Januari depan bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan kes Titah Adendum yang mula disebut di Mahkamah Tinggi, berbagai-bagai pandangan berbeza diberikan ke atasnya. Ramai juga yang membantah permohonan ini. Mereka termasuklah Naib Presiden MCA, Datuk Lawrence Low, yang dilaporkan…