Al-Hilal umpan gaji besar bawa Mohamed Salah

Al-Hilal umpan gaji besar pikat Mohamed Salah

MOHAMED SALAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah bakal menerima pendapat lumayan apabila kelab Arab Saudi, Al-Hilal berminat untuk membawa masuk pemain tersebut dengan perjanjian luar biasa bernilai 65 juta pound (RM358 juta) selama dua musim.

Salah, 32, salah seorang pemain terhebat dalam sejarah Liverpool telah menjaringkan 232 gol dalam 376 perlawanan untuk kelab itu sejak menyertai dari Roma pada 2017 dengan bayaran 36.5 juta pound (RM201 juta).

Penyerang Mesir itu telah memenangi lapan trofi di Anfield dan masih menjadi pemain penting dalam pasukan Arne Slot ketika mereka terus menunjukkan prestasi cemerlang setakat musim ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, kontrak Salah akan tamat pada musim panas ini masih belum lagi memperbaharui perjanjiannya, dengan spekulasi mengenai masa depannya kini menjadi perbualan utama.

Ketika keraguan terus timbul mengenai masa depan Salah di Anfield, laporan kini mendakwa bahawa kelab Arab Saudi sedang mempertimbangkan untuk membuat tawaran kepadanya.

Menurut The Sun, Pengerusi Lembaga Pengarah Hiburan Umum Saudi, Turki Alalshikh telah memberi isyarat mengenai hasrat Al-Hilal untuk mendapatkan Salah pada musim panas ini.

Turki telah memuat naik gambar Salah memakai jersi Al-Hilal di laman Facebook miliknya.

Memandangkan Salah boleh menyertai kelab baharu secara percuma selepas kontraknya dengan Liverpool tamat, ia membolehkan lebih banyak dana diperuntukkan untuk menawarkan pakej gaji lumayan kepadanya.

Salah telah memberi petunjuk berulang kali dalam beberapa bulan kebelakangan ini bahawa musim ini mungkin merupakan yang terakhirnya di Anfield, walaupun kelab dan pemain itu dikatakan ingin mencapai perjanjian baharu. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini