LONDON: Sasaran Tottenham Hotspur untuk mencari penamat dalam empat kelompok teratas saingan Liga Perdana Inggeris semakin sukar selepas tewas 1-0 kepada Bournemouth pagi ini. Pemain remaja, Dean Huijsen menjaringkan gol untuk meletakkan Bournemouth di depan dalam babak pertama permainan yang berlangsung di Stadium Vitality sekali gus meninggalkan anak-anak buah Ange Postecoglou dengan hanya satu kemenangan dalam enam perlawanan setakat ini. Jaringan tunggal perlawanan itu yang berpunca daripada kelemahan pertahanan Totenham…










