KUALA LUMPUR: Jumlah jaringan besar bukan menjadi sasaran Harimau Malaya ketika melayan kunjungan Timor Leste dalam perlawanan kedua Kumpulan A Piala ASEAN 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam ini. Sebaliknya, pengendali skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente mahu anak-anak buahnya fokus 100 peratus untuk melakar kemenangan dalam misi mengutip tiga mata penuh bagi menghidupkan peluang dalam saingan Kumpulan A. Biarpun lawan dibelasah 10-0 oleh Thailand dalam perlawanan pertama, Vicente…










