Gempa bumi 5.5 skala Richter gegar Bangladesh - Utusan Malaysia

Gempa bumi 5.5 skala Richter gegar Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud menggegarkan Bangladesh pagi tadi, namun tiada laporan kemalangan jiwa diterima setakat ini.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran berlaku pukul 10.38 pagi waktu tempatan berhampiran bandar Narsingdi, kira-kira 33 kilometer dari Dhaka yang terkenal sebagai antara kota terpadat di dunia.

Sistem PAGER milik USGS, yang menilai impak awal bencana, mengunjurkan potensi berlakunya ‘kemalangan jiwa dan kerosakan yang signifikan’.

Jabatan Meteorologi Bangladesh melaporkan magnitud gempa direkodkan sebagai 5.7, dengan gegaran berlarutan selama 26 saat dan pusat gempa dikenal pasti di Madhabdi, Narsingdi.

Gegaran pagi Jumaat itu mencetuskan suasana panik apabila ramai penduduk di negara majoriti Muslim itu berehat di rumah sempena cuti mingguan.

Ramai dilapor keluar bergegas setelah terdengar bunyi dentuman kuat.

Menurut wartawan AFP di Dhaka, ada penduduk menangis ketakutan manakala sebahagian lagi masih terkejut dengan kejadian berkenaan.

Pengarah Hospital di Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Moinul Hossain, memaklumkan mereka belum menerima sebarang laporan kemalangan jiwa setakat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN