MANCHESTER: Manchester City akhirnya memecah kebuntuan tanpa kemenangan dalam tujuh perlawanan selepas menewaskan Nottingham Forest 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris pagi ini. Dalam perlawanan itu, pemain Belgium, Kevin de Bruyne memainkan peranan penting mencetuskan jaringan Bernardo Silva untuk meletakkan City di depan sebelum dia sendiri mengukuhkan kedudukan dengan menyumbat gol kedua. Forest semakin tertekan apabila giliran Jeremy Doku melengkapkan kemenangan untuk menceriakan penyokong City. Kepulangan De Bruyne dalam kesebelasan…










