LONDON: Amad Diallo yang sebelum ini kerap tidak diberi ruang oleh bekas pengendali, Erik ten Hag meledak dua gol untuk membantu Manchester United menewaskan POAK 2-0 dalam saingan Liga Juara-Juara di Old Trafford pagi ini.
Pemain sayap dari Ivory Coast itu meletakkan tuan rumah di depan pada babak kedua menerusi tandukan di penjuru gawang pada minit ke-50.
Diallo kemudian memastikan United menggenggam tiga mata yang diperlukan dengan gol kedua ketika permainan berbaki 13 minit, sekali gus mencatat kemenangan pertama selepas tiga perlawanan sebelum ini kerkesudahan dengan keputusan seri.
“Dia (Diallo) telah menunjukkan peningkatan sejak dalam latihan. Dia selalu serius dalam latihan dan meminta saya menggandakan latihan,” kata pengendali sementara United, Ruud van Nistelrooy.
Tugas terakhir Nistelrooy selepas ini menyiapkan pasukannya menentang Leicester hujung minggu ini sebelum pengendalian skuad akan diletakkan sepenuhnya di bawah Ruben Amorim.
“Kami akan fokus pada perlawanan liga Ahad ini dan saya akan fikirkan bagaimana,” katanya. – AFP/UTUSAN
KEPUTUSAN
Elfsborg (SWE) 1-1 Sporting Braga (POR)
Nice (FRA) 2-2 Twente (NED)
Eintracht Frankfurt (GER) 1-0 Slavia Prague
Union St-Gilloise (BEL) 1-1 Roma (ITA)
Bodo/Glimt (NOR) 1-2 Qarabag (AZE)
FCSB (ROM) 2 -0 Midtjylland (DEN)
Olympiakos (GRE) 1-1 Rangers (SCO)
Ludogorets (BUL) 1-2 Athletic Bilbao (ESP)
Galatasaray (TUR) 3-2 Tottenham (ENG)
Man United (ENG) 2-0 PAOK (GRE)
Hoffenheim (GER) 2-2 Lyon (FRA)
Viktoria Plzen (CZE) 2-1 Real Sociedad (ESP)
Lazio (ITA) 2-1 Porto (POR)
Ajax (NED) 5-0 Maccabi
AZ Alkmaar (NED) 3-1 Fenerbahce (TUR)
Dynamo Kyiv (UKR) 0-4 Ferencvaros (HUN)
Rigas FS (LAT) 1-1 Anderlecht (BEL)










