MUKADIMAH RAKYAT perlu yakin dalam tindakan yang kerajaan sedang usahakan demi memastikan perairan negara membabitkan pertikaian pertindihan Laut China Selatan tidak terancam. Itu tegas Menteri Pertahanan, DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN. Dalam pertemuan bersama wartawan Utusan Malaysia, AQILAH MIOR KAMARULBAID di pejabatnya, Isnin lalu, beliau menjelaskan secara lebih terperinci sekali gus menoktahkan isu berkenaan yang sengaja ‘diangkat’ oleh beberapa pihak untuk menakut-nakutkan rakyat, kononnya negara kita terancam, sedangkan segalanya termaktub…