29 askar Israel maut berperang dengan Hizbollah - Utusan Malaysia

29 askar Israel maut berperang dengan Hizbollah

ISRAEL menyerang selatan Lubnan semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Tentera Israel pada Sabtu mengumumkan kematian dua anggotanya yang bertempur di selatan Lubnan, di mana Israel sedang menjalankan kempen ketenteraan terhadap Hizbollah yang disokong oleh Iran.

Kapten Shahar Gamla, 23, meninggal dunia pada Sabtu selepas tewas akibat kecederaan yang dialaminya dalam pertempuran.

Sarjan Ohad Yaari, 21, meninggal dunia pada Jumaat ketika menjalankan operasi di selatan Lubnan, menurut pihak tentera.

Menurut angka rasmi, Israel telah kehilangan 29 anggota tenteranya sejak bermulanya perang terkini di negara itu, selain seorang kontraktor awam.

Kempen pengeboman dan pencerobohan Israel di selatan  negara itu pula telah mengorbankan lebih 3,500 orang di negara itu, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.

Israel telah melancarkan operasi di Luban untuk menumpaskan Hizbollah. 

Kumpulan itu telah mengheret Lubnan ke dalam perang yang lebih luas di Asia Barat dengan melancarkan peluru berpandu bagi pihak penajanya.

Gencatan senjata yang sepatutnya berkuat kuasa pada April tidak pernah dipatuhi.

Dalam pada itu, gencatan senjata bersyarat baharu yang diumumkan selepas rundingan Lubnan-Israel di Washington minggu ini ditolak mentah-mentah oleh Hizbollah hanya beberapa jam kemudian.

Lubnan telah berikrar untuk melucutkan senjata Hizbollah secara berperingkat, namun pada masa yang sama mengecam pencerobohan Israel.

Israel menuduh negara itu menggunakan taktik untuk memaksa penduduk awam meninggalkan bandar dan kampung di selatan Lubnan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN