Askar Israel mati dalam perang Hizbollah bertambah - Utusan Malaysia

Askar Israel mati dalam perang Hizbollah bertambah

ASAP tebal menjulang selepas serangan udara Israel di pinggir bandar Tyre, selatan Lubnan hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Pasukan Pertahanan Israel (IDF)  mengumumkan bahawa seorang askarnya telah terbunuh pada Isnin dalam pertempuran di selatan Lubnan, menjadikan jumlah kematian anggota tentera Israel kepada 26 orang sejak awal Mac.

Sarjan Staf Adam Tzarfati, 20 tahun, gugur dalam pertempuran di selatan Lubnan, menurut kenyataan ringkas tentera tersebut.

Secara keseluruhan, 26 warga Israel telah terbunuh sejak permusuhan antara Israel dan kumpulan Hizbollah yang disokong Iran kembali memuncak pada 2 Mac.

Kumpulan itu  membuka semula medan pertempuran sebagai sokongan kepada Teheran susulan serangan Amerika Syarikat (AS)–Israel ke atas Iran.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Israel Katz berkata pada Isnin bahawa mereka telah mengarahkan serangan ke atas kawasan pinggir bandar Dahiyeh di Beirut, kubu kuat kumpulan Hizbollah.

“Berikutan pelanggaran berulang gencatan senjata di Lubnan oleh organisasi Hizbollah dan serangan terhadap bandar-bandar serta rakyat kami, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu termasuk Menteri Pertahanan, Israel Katz telah mengarahkan IDF untuk menyerang sasaran (Hizbollah) di daerah Dahiyeh, Beirut,” menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Netanyahu bersama Katz.

Dahiyeh merupakan kawasan di selatan Beirut yang menjadi pusat pengaruh politik dan ketenteraan Hizbollah. Ia telah beberapa kali menjadi sasaran serangan Israel sepanjang konflik yang berterusan antara kedua-dua pihak.

Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan di sempadan Israel–Lubnan terus meningkat walaupun terdapat usaha gencatan senjata yang sebelum ini diumumkan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN