Nadal tutup buku dengan kekalahan Sepanyol

Nadal tutup buku dengan kekalahan Sepanyol

Rafael Nadal melambai ke arah penonton selepas berakhir perlawanan suku akhir menentang Belanda dalam Piala Davis Arena Jose Maria Martin Carpena, Malaga, - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
MALAGA: Karier superstar tenis Rafael Nadal tiba ke penamat selepas Belanda menyingkirkan Sepanyol dalam perlawanan suku akhir Piala Davis di sini.
Pemain berusia 38 tahun itu yang juga merupakan juara 22 kali grand slam tewas dalam perlawanan pertama walaupun Carloz Alcaraz menang pada set kedua, namun penentuan dalam acara beregu Belanda menang 2-1.
Nadal tewas 6-4, 6-4 kepada Botic van de Zandschulp dalam acara perseorangan sebelum Alcaraz mengalahkan Tallon Griekspoor 7-6 (7/0), 6-3.
Dalam penentuan beregu, gandingan Van de Zandschulp dan Wesley Koolhof meraih kemenangan 7-6 (7/4), 7-6 (7/3) untuk menempah aksi separuh akhir pemenang antara Kanada dan Jerman.
Selepas begitu lama dibelenggu masalah kecederaan sehingga menyukarkannya beraksi di lapangan profesional, kemunculannya mengundang perlbagai tanggapan.
Dia bagaimanapun menjadi pilihan pengendali Sepanyol, David Ferrer untuk beraksi dalam perlawanan pertama.
Sebelum itu, Nadal kelihatan beremosi ketika lagu kebangsaan Sepanyol berkumandang di hadapan lebih 10,000 peminat yang tidak berhenti melaungkan namanya ‘Rafa, Rafa’ selepas itu.
“Saya terharu kerana menyedari ini adalah perlawanan terakhir saya sebagai pemain profesional. lebih menyedihkan lagu kebangsaan yang diputarkan menandakan hari terakhir saya sebagai pemain profesional. Ia sangat istimewa,” kata Nadal.
Sepanjang kariernya, Nadal menang 29 daripada 30 penampilan sebagai pemain perseorangan dalam Piala Davis. – AFP/UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN