Lorenzo optimis Martin rangkul gelaran dunia MotoGP

Lorenzo optimis Martin rangkul gelaran dunia MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Untuk dua musim berturut-turut MotoGP mengharungi perlumbaan akhir yang mengigit jari menyaksikan perseteruan Jorge Martin dan Francesco Bagnaia merebutkan gelaran kejuaraan dunia diheret ke hujung minggu ini.

Bekas pelumba Yamaha, Jorge Lorenzo bagaimanapun, melihat bahawa Martin berkelebihan 24 mata di depan Bagnaia dan tahu bahawa walaupun pesaingnya memenangi pecut (12 mata) dan grand prix (25 mata) dia masih akan memenangi kejuaraan dengan penamat podium di Barcelona pada  Ahad ini.

Pelumba Sepanyol itu akan mengesahkan gelaran dunia pertamanya sekiranya meraih kemenangannya dalam acara pecut.

“Memandangkan ranking, Martin mempunyai peluang yang lebih baik, namun tiada yang pasti sehingga tamat perlumbaan.

“Dia (Martin) pastinya perlu mengelak melakukan banyak kesilapan untuk kehilangan gelaran. Dia bekerja keras dengan ahli psikologi sukan untuk menyalurkan semangatnya, walaupun dia masih melakukan kesilapan seperti Bagnaia.

“Sudah setahun dengan banyak kesilapan, namun ianya kelihatan seperti tahun Martin. Saya akan gembira sekiranya dia menang, kerana dia seorang pelumba yang bijak dan berbakat yang layak mendapat sekurang-kurangnya satu gelaran MotoGP,” kata Lorenzo.

Perseteruan antara kedua-dua pelumba itu lebih menarik daripada biasa, biarpun tidak dalam pasukan yang sama dan jurang perbezaan tidak besar antara jentera mereka.

Bagnaia menunggang untuk pasukan pengeluar Ducati manakala, Martin berlumba untuk Pramac Ducati, pasukan satelit pengeluar Itali yang menggunakan enjin yang sama. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN