Liverpool kukuh kedudukan liga

Liverpool kukuh kedudukan liga

Mohamed Salah (tengah) kini berada di prestasi terbaik dan berpluang untuk menerima anugerah pemain terbaik EPL musim ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
LONDON: Liverpool terus mengukuhkan kedudukan dengan perbezaan lima mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Aston Villa 2-0 menerusi jaringan Darvin Nunez dan Mohamed Salah di Anfield pagi ini.
Kedudukan Reds itu turut dibantu dengan kekalahan Manchester City kepada Brighton 2-1 dalam perlawanan lebih awal.
Kemenangan itu mengekalkan rekod bersih enam perlawanan Reds dalam 11 kempen liga manakala kekalahan Villa berterusan dalam empat perlawanan  menyaksikan pasukan Unai Emery tercicir ke tangga kelapan liga tapi beza satu dengan dengan Nottingham  Forest yang menghuni tangga ketiga.
Anfield turut gemuruh dengan sorakan penyokong Liverpool selepas mengetahui kekalahan City kepada Brighton.
Nunez membuka jaringan pada minit ke-20 sebelum Salah melengkapkan kemenangan Reds pada lewat permainan 10 minit sebelum perlawanan berakhir. – AFP/UTUSAN
KEPUTUSAN
Brentford 3-2 Bournemouth
Brighton  2-1 Manchester City
Crystal Palace 0-2 Fulham
Liverpool 2-0 Aston Villa
West Ham 0-0 Everton
Wolves 2-0 Southampton
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN