Kelab Australia hangatkan liga hoki 2025 

Kelab Australia hangatkan liga hoki 2025 

Subahan Kamal (tengah) bertukar dokumen dengan Ketua Pegawai Eksekutif Territory Stringers, Jason Butcher dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam. - IHSAN KONFEDERASI HOKI MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) semakin mendapat perhatian apabila kelab hoki Australia, Territory Stingers bakal menghantar dua pasukan masing-masing lelaki dan wanita bagi menyertai kejohanan tersebut bermula 4 Januari hingga 22 Februari depan.

Perkara tersebut disahkan oleh Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal yang turut memberitahu, Territory Stingers bakal beraksi dalam saingan MHL selama tiga musim bermula tahun hadapan.

“Pada MHL 2024 kita ada kelab dari China, Lioning Hockey Team beraksi dalam liga kita untuk pasukan lelaki dan wanita dan melihat ke hadapan, kita menerima banyak permintaan dari kelab luar negara yang nak bermain dengan liga kita dan itu menunjukkan liga kita ada standard.

“Saya nak memperkenalkan Territory Stingers kelab yang akan beraksi dalam liga kita dan mereka menghantar dua pasukan iaitu lelaki dan wanita pada tahun depan. Kos sepenuhnya ditanggung oleh mereka,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

KHM mengadakan memorandum persefahaman (MoU) Bersama Territory Stingers selama tiga tahun dan sepanjang tempoh tersebut, Subahan berkata pemain negara berpeluang untuk beraksi dalam divisyen tertinggi Australia sekiranya kelab itu layak beraksi di Liga Hoki 1 Australia.

“Mereka berkeyakinan tinggi untuk beraksi di Liga Hoki 1 Australia pada tahun depan dan kami telah mengadakan persetujuan bersama di mana apabila bermain di liga tersebut, 50 peratus kelab itu disertai pemain kebangsaan kita. Ini salah satu cara untuk mendedahkan pemain beraksi di liga luar. 

“Kita juga mengadakan modul di mana jurulatih kelab ini kebanyakkan bekas pemain Australia akan memberi klinik kepada pemain Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) dan diuruskan oleh KHM,” katanya.

Subahan berkata barisan kejurulatihan negara bakal di hantar ke Australia untuk mempelajari bagaimana kelab tersebut membentuk pasukan sepanjang Liga Hoki 1 Australia berlangsung.

“Malah, sepanjang mereka beraksi dalam liga kita, akan ada dua umpire dari Australia dibawa masuk ke dalam MHL dan apabila mereka beraksi di Liga Hoki 1 Australia kita akan membawa dua umpire kita ke sana.

“Terakhir, mereka akan menganjurkan festival hoki pada September 2025 dan ini kejohanan bawah 21 (B-21) kita akan hantar skuad remaja untuk menyertai kejohanan tersebut. Ini salah cara untuk kami memberi pendedahan terbaik kepada pemain tanpa belanja besar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN