Era baharu United bermula 

Era baharu United bermula 

RUBEN Amorim (kiri) disambut Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, Omar Berrada di pusat latihan dan akademi bola sepak United di Carrington, England, semalam. - IHSAN MANCHESTER UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Ruben Amorim tiba di Old Trafford semalam menandakan bermulanya era baharu  Manchester United untuk mengembalikan zaman kegemilangan The Red Devils.

Ketika ini, United berada dalam mood gembira selepas meraih tiga kemenangan dalam empat perlawanan terakhir sejak Ruud van Nistelrooy mengambil ali sebagai pengurus sementara, daripada Erik Ten Hag yang dipecat.

Bagaimana tugas berat menanti Amorim di United yang menghuni tangga ke-13 Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatat empat kemenangan daripada 11 perlawanan pada musim ini.

“Saya rasa sudah bersedia untuk cabaran baharu. Saya tidak naif, saya tahu ia akan sangat berbeza, sangat sukar, tetapi saya rasa saya sudah bersedia,” kata Amorim penuh semangat selepas perlawanan perpisahannya dengan Sporting Lisbon.

Terdahulu, United mengumumkan ketibaan Amorim di pangkalan latihan mereka petang semalam dan tidak lama selepas itu, mengesahkan bahawa Van Nistelrooy meninggalkan kelab.

The Red Devils dinobatkan sebagai juara Liga Inggeris sebanyak 20 kali tetapi mereka gagal bersaing untuk gelaran Liga Perdana atau Liga Juara-Juara sejak Alex Ferguson melepaskan jawatannya pada 2013.

Amorim, bekas pemain antarabangsa Portugal berusia 39 tahun, adalah jurulatih keenam United sejak berakhirnya legasi panjang Ferguson yang penuh dengan trofi selama 27 tahun.

David Moyes, Louis Van Gaal, Jose Mourinho, Ole Gunnar Solskjaer, dan Ten Hag semuanya tidak kekal lama dan gagal mengembalikan United ke puncak meskipun mengeluarkan perbelanjaan yang besar.

Lebih daripada 600 juta pound (RM3.4 bilion) dibelanjakan sepanjang lima jendela perpindahan di bawah Ten Hag untuk pembelian pemain baharu, tetapi ia tidak memberikan pulangan yang setimpal. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN