Arif Aiman ‘tewaskan’ Ronaldo 

Arif Aiman ‘tewaskan’ Ronaldo 

ARIFF Aiman Hanapi meraikan jaringan gol menentang Ulsan HD FC pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri, baru-baru ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi muncul penyerang paling berbisa dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ketika ini.

Empat gol dikumpul Arif Aiman sepanjang empat perlawanan dengan yang terbaharu ketika membantu JDT menang 3-0 ke atas Ulsan HD di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin, menyaksikan dia mengatasi pemenang lima kali Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo.

Tiga lagi gol dicatatkan ketika menentang kelab China, Shanghai Shenhua dengan meledak satu gol serta dua jaringan sewaktu bertemu Shanghai Port.

Empat gol dijaringkan Arif Aiman setakat ini menyaksikan dirinya meninggalkan Ronaldo yang berada di tangga kesembilan dengan dua gol buat Al Nassr.

Selain Ronaldo, tonggak Harimau Malaya itu turut mengatasi rakan sekelab Ronaldo di Al Nassr, Sadio Mane serta beberapa lagi pemain ternama dunia seperti Neymar (bersama kelab Al Hilal) dan Roberto Firmino (bersama kelab Al Ahli) yang turut bersaing dalam ACLE.

Pemain kelahiran Kuantan, Pahang, berusia 22 tahun itu, berkongsi kedudukan di tangga kedua selaku penjaring terbanyak dengan empat pemain lain iaitu Aleksandar Mitrovic (Al Hilal), Salem Al-Dawsari (Al-Hilal), Soufiane Rahimi (Al-Ain) dan Taisei Miyashiro (Vissel Kobe).

Sementara, penyerang Gwangju FC, Jasir Asani mendahului carta penjaring terbanyak ACLE setakat ini dengan enam gol.

Sekiranya Arif Aiman dapat mengekalkan prestasinya tidak mustahil dia bakal menjadi buruan kelab-kelab gergasi Asia yang lain selepas ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN