PETALING JAYA: Selangor FC (SFC) akan melayan kunjungan kelab gergasi Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini tanpa beberapa pemain utama yang dihambat kecederaan. Perkara itu disahkan oleh pengendalinya, Nidzam Jamil yang berkata, pasukannya akan turun tanpa Noor Al Rawabdeh, Safuwan Baharudin dan Mukhairi Ajmal sedikit sebanyak merencat persiapan aksi ketiga Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2). Begitupun, Nidzam enggan menjadikan faktor itu…










