KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadap dua anak lelaki bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin kerana gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hadir bagi menghadapi pertuduhan hari ini.
Dua anak Daim itu ialah Muhammed Amir Zainuddin, 31 dan Muhammed Amin Zainuddin, 28. Turut dikenakan waran tangkap ialah seorang ahli perniagaan, Josephine Premla, 65.
Majistret Illi Marisqa Khalizan mengeluarkan waran tangkap selepas mendapati terdapat sebab untuk mempercayai bahawa ketiga-tiga individu berkenaan telah melarikan diri.
“Saya percaya penama-penama ada pengetahuan mengenai notis yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi mereka masih gagal untuk menghadirkan diri.
“Permohonan pendakwaan mempunyai merit, dengan itu waran tangkap dikeluarkan,” kata majistret itu.
BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL










