Aksi persahabatan tidak cermin prestasi sebenar

Aksi persahabatan tidak ukur prestasi sebenar

Pemain Britain, Alex Chihota diasak dua pemain Young Tigers, Muhammad Norizam dan Osman Harris pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor 2024 di Johor Bahru, kelmarin. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun cemerlang pada aksi persahabatan, pasukan hoki remaja kebangsaan akhirnya menerima ‘ujian’ sebenar apabila tewas empat perlawanan berturut-turut pada Piala Sultan Johor (SOJC) 2024.

Bekas pemain kebangsaan, Nor Saiful Zaini berkata, prestasi Young Tigers tidak boleh bersandarkan  kepada perlawanan pemanas badan susulan pasukan lawan hanya melakukan persiapan dan tidak memberi permainan sebenar.

“Perkara itu biasa (menang dalam persahabatan). Kebanyakan pasukan mencuba keserasian mereka untuk ditunjukkan dalam permainan sebenar. Kita tidak boleh berpandukan kepada aksi pemanas badan. Hal ini kerana kita tidak bermain dengan penuh dan masa permainan juga pendek.

“Sebagai contoh, Great Britain dia tidak mahu menang (dalam aksi persahabatan), namun dia meletakkan pemain yang mana mereka patut mula dalam kesebelasan utama,” kata Nor Saiful kepada Utusan Malaysia.

Mengulas peluang Malaysia untuk mengutip mata pertama pada perlawanan terakhir peringkat liga sepusingan (round robin)  menentang Australia malam ini, Nor Saiful berkata, Young Tigers perlu berwaspada dengan serangan mengejut pasukan lawan.

“Serangan balas Australia semakin baik. Jadi Malaysia harus berwaspada dengan kawasan ‘D’ dan bertahan dengan baik untuk menyukarkan Australia menjaringkan gol,” katanya.

Terdahulu, Young Tigers mencatatkan keputusan memberangsangkan pada aksi persahabatan apabila menang ke atas New Zealand 2-1 dan Great Britain 1-0, minggu lalu.

Pada SOJC 2024, Malaysia  berada di tangga tercorot daripada enam pasukan selepas tewas kepada New Zealand 3-2, Jepun (4-1), India (4-2) dan kelmarin tewas kepada Great Britain 2-1. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN