APABILA sebut tentang Unduk Ngadau, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran adalah pertandingan ratu cantik. Itu pandangan kebanyakan masyarakat pada hari ini kerana begitulah gambaran yang ditunjukkan dalam pentandingan Unduk Ngadau yang diadakan sempena Pesta Kaamatan. Pada hakikatnya, Unduk Ngadau atau ratu pesta menuai adalah ‘duta’ bagi masyarakat Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR) yang berperanan membantu memartabatkan budaya suku kaum itu terutama dalam kalangan anak muda. Namun, untuk mengubah persepsi…










