Jurulatih Austria tidak puas hati walaupun benam Poland

Jurulatih Austria tidak puas hati walaupun benam Poland

PEMAIN pertahanan Austria, Kevin Danso mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dalam aksi menentang Poland pagi ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Jurulatih Austria Ralf Rangnick mengakui ramai pemainnya yang beraksi di bawah tahap sebenar walaupun pasukannya menewaskan Poland 3-1 dalam aksi Euro pagi ini.

“Untuk berlaku jujur, kami seolah-olah merayu untuk mendapatkan gol menentang Poland,” katanya yang merungut tentang persembahan anak-anak buahnya.

Austria berada di depan menerusi jaringan Gernot Trauner seawal sembilan minit permainan, namun Poland bangkit menyamakan kedudukan oleh Krzysztof Piatek setengah jam kemudian.

Bagaimanapun, Austria terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu permainan apabila Christoph Baumgartner dan Marko Arnautovic menyumbat dua gol untuk mengesahkan tempat mereka ke saingan kalah mati.

“Selepas bermain 20 minit dalam babak pertama, persembahan mereka menurun. Saya dapati beberapa pemain tidak mencapai tahap sebenar. Kami tidak mempunyai lebihan pemain jika membiarkan empat atau lima pemain beraksi di bawah par, namun semuanya berubah pada babak kedua permainan,” katanya.

Rangnick sebelum ini memberi kata dua kepada pemain RB Leipzig, Baumgartner dan dia berjaya menggembirakan jurulatih itu apabila menjaringkan gol pada babak kedua.

“Saya beritahu dia, kamu adalah pemain penting dan kami mahu kamu bermain pada tahap sebenar,” kata bekas jurulatih Manchester United itu.

Di akhir perlawanan Rangnick hampir kehilangan cermin matanya kerana asyik meraikan kemenangan.

“Tak mengapa. Cermin mata saya masih elok, lagipun saya masih ada dua cermin mata simpanan,” ujarnya. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN