SABAN tahun kes penagihan dadah terus mencatatkan peningkatan dan situasi ini semakin membimbangkan. Lebih menggusarkan, data yang direkodkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada tahun lalu mencatatkan belia berusia antara 19 hingga 39 tahun adalah kumpulan paling tinggi dengan rekod seramai 90,520 penagih. Jika melihat kepada keseluruhan jumlah penagih dadah yang direkod sepanjang tahun lalu adalah seramai 145,526 orang dengan 139,208 adalah lelaki manakala 6,318 pula golongan wanita. Walau bagaimanapun, jumlah…











