CADANGAN yang menteri mesti turun ke padang oleh seorang bekas timbalan menteri pendidikan ekoran teguran Laporan Bank Dunia ke atas kelemahan sistem pendidikan kita baru-baru ini cukup kena pada tempat dan masanya. Ungkapan ‘turun padang’ kali ini lebih sarat daripada retorik yang lazim difahami. Yakni bukan peluang penggambaran serta publisiti untuk siaran media atau media sosial bagi mempromosi diri. Tidak bertujuan menghebohkan seseorang kenamaan atau peristiwa semata-mata sempena meletakkan kaki di tempat-tempat yang dikatakan tidak layak baginya. Seolah-olah satu ‘pengorbanan’ besar bagi ego yang terlibat. Lantas, diuar-uarkan seluas mungkin semoga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya