Faisal dijangka berehat panjang 

Faisal dijangka berehat panjang 

FAISAL HALIM
FAISAL HALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapten Harimau Malaya, Faisal Halim berkemungkinan terpaksa berehat panjang susulan insiden simbah asid yang menyebabkan sebahagian badannya cedera.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkesempatan melawat Faisal di hospital semalam memberitahu pemain itu berbalut hampir keseluruhan badan serta kedua-dua belah tangan dan kepala.

Hamidin yang mengakui insiden tersebut memberi kesan kepada FAM memandangkan Faisal merupakan tonggak Harimau Malaya dan beliau berharap penyerang Selangor itu sembuh mental dan fizikal secepat mungkin.

“Saya bukan doktor tetapi berdasarkan pemerhatian saya, paling cepat sebulan baru boleh berlatih. Beliau perlukan masa untuk pulih sepenuhnya. Kesihatan mentalnya lagi.

“Saya juga ada berkata kepada Faisal dan isterinya supaya lupakan bola sepak seketika dan fokus untuk sembuh,” kata Hamidin dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia di sini semalam.

Kelmarin, tular di media sosial memaparkan gambar Faisal disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di ibu negara.

Hamidin turut menolak sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut yang dikaitkan dengan bookie atau rasa tidak puas hati dengan prestasi skuad kebangsaan.

“Tiada komen. Saya tidak fikir macam itu. Kita tidak boleh buat sebarang spekulasi. Biar polis buat siasatan,” katanya.

Ekoran daripada insiden itu, Hamidin memberitahu kawalan keselamatan lebih ketat diberikan kepada skuad kebangsaan bagi panggilan seterusnya dan menggalakkan pemain untuk mengupah pengawal peribadi.

“Jika ada pemain yang berkemampuan untuk mengupah pengawal peribadi, saya amat mengalu-alukannya. Ini sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN