PETALING JAYA: Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky menaruh harapan isu kecederaan yang membelenggu kem badminton lelaki negara pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia BATC 2024 tidak berulang pada Piala Thomas 2024. Beliau mengakui agak ‘serabut’ memikirkan insiden yang melibatkan beberapa pemain utama pada BATC 2024 berikutan tidak pernah berdepan dengan situasi getir itu ketika bergelar pemain mahupun sebagai jurulatih sebelum ini. “Saya hanya mahu barisan pemain yang cergas…










