KERAJAAN melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dijangka akan membentangkan di Parlimen dalam waktu terdekat Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan Mengenai Pemberian Kewarganegaraan. Disebabkan sebahagian daripada ahli masyarakat, malah ahli Parlimen juga mendakwa mereka tidak mengetahui butirannya maka eloklah dibincangkan mengenainya secara satu per satu. Pindaan Perlembagaan ini melibatkan lapan perkara. Pertama ialah pemberian kewarganegaraan melalui kuatkuasa undang-undang kepada anak yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara. Pindaan ini sepatutnya…










