Setiap hari, ada sahaja kes rasuah dilaporkan oleh media. Pelakunya dari pelbagai jawatan, peringkat umur dan tidak mengira bangsa. Kebanyakan pesalah rasuah adalah ‘orang pandai’ dan mempunyai jawatan tertentu, yang menyalahguna kelebihan mereka. Mereka hidup seperti biasa dan bijak menyembunyikan jenayah yang dilakukan. Mereka ada di sekeliling kita. Mungkin orang yang dikenali atau teman rapat kita selama ini. Rasuah adalah perbuatan jahat yang tiada mangsa. Pemberi dan penerima rasuah, kedua-duanya…










