PENGENALAN awal saya kepada frasa kala pani ialah menerusi filem Malayalam berjudul Kaalapaani (1996) lakonan Mohanlal dan Prabhu. Ia mengisahkan sekumpulan pejuang kemerdekaan India dihantar ke Penjara Selular (Cellular Jail) di Kepulauan Andaman dan Nicobar pada 1915. Terdahulu, filem Hindi berjudul Kala Pani (1958) pula mengenai watak lakonan Dev Anand mahu membela bapanya yang dituduh membunuh lalu dipenjarakan. Ia merupakan pembikinan semula filem Bengali berjudul Sabar Uparey (1955) dan berdasarkan…










