HIDAYAH itu milik Allah SWT. Dengan kata hanya Allah sahaja yang menentukan kepada siapa hidayah itu akan diberi. Bagi golongan mualaf yang melafazkan dua kalimah syahadah, pelbagai perasaan seperti tenang, damai, gembira dan sejuk hati dirasakan sebaik sahaja bersyahadah. Malah, perasaan itu lebih menggembirakan apabila mengetahui khabaran bahawa sebaik sahaja bersyahadah segala dosa dihapus dan diampuni Allah SWT. Di samping itu, syahadah dilafaz menjadikan setiap insan bergelar muslim itu bersaudara.…










