PETALING JAYA: Dua jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Datuk Abdul Latif Romly berada dalam kelas tersendiri apabila meraih pingat emas di Kejohanan Grand Prix Olahraga Para Dunia Dubai 2024, semalam. Muhammad Ziyad yang pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016 dan dua kali juara dunia pada 2013 dan 2017, melakukan lontaran sejauh 16.62 meter (m) pada aksi final acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran). Balingan penuh bertenaga itu…










