TNB juara Piala Sumbangsih

TNB juara Piala Sumbangsih

PEMAIN dan pegawai pasukan hoki TNB meraikan kejayaan mereka menjuarai Piala Sumbangsih menewaskan THT di Stadium Hoki Nsional Bukit Jalil, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakar kemenangan ke atas Pasukan Hoki Terengganu (THT) sekali gus melebur hasrat lawan mereka ituuntuk melakar hatrik Piala Sumbangsih menerusi penalti shoot-out 3-1, malam tadi.

Beraksi sepanjang 60 minit di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, perlawanan berakhir 2-2 sehingga mengheret kepada penentuan penalti shoot-out.

THT selaku juara bertahan yang tidak membawa pemain import, mempersembahkan aksi baik apabila menyamakan kedudukan pada suku keempat untuk memastikan keputusan seri 2-2.

Kedua dua pasukan mempamerkan aksi yang seimbang pada awal permainan sehingga pemain import TNB dari Korea Selatan, Jang Jong Hyun membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi pukulan sudut.

Penggendali TNB, Nor Saiful Zaini Nasiruddin kelihatan ceria apabila Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal meledak gol kedua buat pasukannya pada minit ke-24.

Walau bagaimanapun, THT segera bangkit daripada ketinggalan dua gol selepas tonggak utamanya, Fitri Saari meledak untuk jaringan pertama pasukannya.

Hasrat TNB untuk melakar kejuaraan lebih awal terhenti apabila Fitri sekali lagi menjadi penyelamat apabila menjaringkan gol menerusi pukulan penalti untuk mengikat seri 2-2 sekali gus mengheret ke penentuan penalti shoot-out.

Nasib malang buat pasukan THT apabila Muhamad Faris Harizan dan Muhammad Noor Firdaus Rosdi gagal menyudahkan dua penalti shoot-out pertama, namun Fitri sekali lagi memberi kelegaan buat pasukannya dengan menjaringkan gol pertama.

TNB gagal memperoleh gol pertama menerusi Firhan Ashaari, namun gol kedua disudahi dengan Shahril Saabah sebelum Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi dan Azrai Aizad Abu Kamal melengkapkan kejuaraan.

Aksi pembuka tirai itu disudahi dengan satu mata kepada kedua-dua pasukan dalam misi memburu gelaran liga musim ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×