KUALA LUMPUR: Pulang dengan bergelar juara dunia atau naib juara, skuad hoki lima sebelah (5s) lelaki negara tetap akan diberi ganjaran selepas melakar sejarah mara ke final Piala Dunia Hoki 5’s yang berlangsung di Muscat, Oman. Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, pencapaian mara ke final membuka sejarah baharu buat sukan hoki negara biarpun skuad kali ini berlepas ke Oman dalam serba kekurangan. “Saya akan pastikan…










