SEJAK timbul cadangan supaya diwujudkan semula pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), banyak pihak tampil memberi pandangan masing-masing. Antaranya idea yang terbit daripada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin, yang sebelum ini mengendalikan dan bertanggungjawab menguruskan hal ehwal di Wilayah Persekutuan sebelum pelantikan Dr. Zaliha Mustafa sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Azman berpendapat ahli lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hendaklah diberikan kuasa eksekutif dalam membuat…










