Meskipun landskap politik negara dilanda pelbagai isu dan tidak ketentuan, MIC berjaya mengadakan perhimpunan agong ke-77, baru-baru ini. Hampir 1,500 orang hadir yang berlangsung di Dewan MAEPS, Serdang, Selangor. Umumnya, Perdana Menteri atau Pengerusi Barisan Nasional (BN) dijemput untuk merasmikan persidangan. Namun, pada kali ini Perdana Menteri ataupun pemimpin-pemimpin parti komponen BN tidak dijemput. Para perwakilan membangkitkan pelbagai isu dan antara yang menarik perhatian umum adalah apakah MIC menyokong kerajaan…










