KALAU ikut gaya kempen pilihan raya yang dapat like sebulan dua ini, kelihatannya ‘masuk politik tak perlu cakap tinggi-tinggi’. Cukup dengan licik berpolemik, retorik, campur ‘berani mati’ dengan sedikit fakta, hiduplah pemainnya. Dan dikusutkan lagi dengan politik Melayu yang bergaduh sepanjang masa – biarpun pilihan raya umum baru sahaja berlalu – pengundi pun jadi keliru, makin muak. Itulah politik ikut acuan kita, sehinggakan rakyat negara tetangga Indonesia pun kerut kening.…