Koleksi germplasma sawit mempunyai peranan penting dalam penambahbaikan tanaman komoditi itu pada masa hadapan. Malaysia kini memiliki pusat koleksi germplasma sawit terbesar di dunia bagi tujuan konservasi melalui Pusat Kemajuan Bioteknologi dan Biakbaka (ABBC) di bawah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, pusat koleksi berkenaan akan memfokuskan kepada pemuliharaan dan penyelidikan berasaskan biakbaka dan bioteknologi sawit. Usaha berkenaan dapat dilaksanakan memandangkan bank…