Kutu, antara untung dan rugi - Utusan Malaysia

Kutu, antara untung dan rugi

MAIN kutu sudah sinonim dengan rakyat Malaysia. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bermain kutu sudah sinonim dengan rakyat Malaysia, malah aktiviti itu turut menjadi amalan sejak daripada kanak-kanak lagi.

Ada yang menganggap kutu merupakan cara singkat untuk mengumpul wang, tidak kurang juga mendakwa kaedah itu menggalakkan orang ramai berhutang.

Ikuti penjelasan Pensyarah Kanan, Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Mohd. Zaidi Md. Zabri mengenai kesalahan dan risiko bermain kutu.

Definisi main kutu?
* Sekumpulan kecil individu yang berpakat menyumbangkan sejumlah wang kepada ketua atau ibu kutu yang dipersetujui dalam tempoh masa ditetapkan sama ada secara mingguan atau bulanan.

* Aktiviti ini biasanya dilakukan dalam jangka masa pendek atau sederhana.

Bagaimana kutu jadi kesalahan?
* Sekiranya dipraktikkan dalam kalangan keluarga terdekat dan rakan-rakan, tiada masalah. Namun akan menyalahi undang-undang iaitu Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 jika ahli mengenakan yuran dan, atau menuntut keuntungan daripada skim kutu yang disertai mereka.

Risiko
* Risiko ditipu oleh ahli yang menerima simpanan di awal pusingan tetapi tidak mahu meneruskan pembayaran pada minggu atau bulan berikutnya.

* Risiko didakwa di mahkamah sekiranya melakukan perbuatan yang menyalahi Akta (Larangan) Kumpulan Kutu 1971.

Kutu emas
* Bermain kutu emas boleh menyalahi hukum fikah muamalat kerana emas haruslah dijual beli pada masa sekarang (on the spot) dan penerimaannya tidak boleh dilewatkan kerana boleh terjebak dengan isu riba.

Alternatif selain kutu?
* Manfaatkan teknologi dengan menabung secara digital.

Tips elak penipuan kutu
* Main dengan kawan-kawan yang boleh dipercayai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN