SAYA ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana memetik pandangan saya dalam Simposium Keluarga Malaysia pada ulang tahun kerajaan pimpinan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berasaskan perbandingan antarabangsa bahawa fenomena ‘Parlimen tergantung’ tidak perlu ditakuti. Semoga sikap beliau yang memandang berat pandangan sarjana dan mencabar mitos dicontohi tokoh-tokoh politik lain. Akan tetapi, kesimpulan susulan Zahid bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) harus disegerakan…










