Murid sekolah didedahkan dengan teknologi pertanian - Utusan Malaysia

Murid sekolah didedahkan dengan teknologi pertanian

Sistem pertanian hidroponik dibangunkan di SKBTH02.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian menjalankan program pemindahan ilmu sistem hidroponik dan fertigasi bersama Panitia Sains Dan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 (SKBTHO2).

Program melalui pendekatan Service-Learning Malaysia-University for Society (SULAM) yang diterapkan dalam kursus ECV3011 Jurutera dan Masyarakat dibawah kendalian Pensyarah UPM, Prof. Madya Dr. Norhashila Hashim adalah usaha memperkenalkan pelajar khususnya pada usia muda dengan teknologi pertanian yang dapat memupuk minat mereka untuk menceburi bidang pertanian pada masa akan datang.

Norhashila berkata, kedua-dua sistem pertanian yang diperkenalkan iaitu fertigasi dan hidroponik merupakan sistem teknologi moden yang ringkas dan efisien.

“Sebanyak 40 pokok yang terdiri daripada pokok cili, kaduk, cekur, bayam Brazil, halia dan kesum digunakan bagi sistem fertigasi manakala sawi bagi sistem akuaponik.

“Sistem fertigasi ini berfungsi secara automatik yang mana penyiramannya telah diprogramkan menggunakan pemasa,” kongsinya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya, sistem akuaponik diperkenalkan pula adalah satu sistem pertanian pintar yang tidak memerlukan tanah dan ruang luas.

Nutrien seperti ammonia untuk tumbuhan diperolehi daripada najis ikan yang diternak.

Sementara itu, program yang dijenamakan sebagai BAETHONI 2.0 itu diinspirasikan daripada singkatan Bachelor of Agriculture Engineering iaitu BAE dan THONI pula adalah singkatan daripada Tun Hussein Onn2.

Ia mendapat sambutan memberangsangkan daripada pihak sekolah dan pelajar.

Pendedahan itu dilihat sebagai sesuatu yang signifikan dalam membentuk minat anak muda dalam bidang pertanian selain mampu merancakkan sektor berkenaan pada masa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×