AIMAN Tino antara penyanyi muda yang sinonim dengan genre jiwang. Tapi entah di mana silap percaturan, lagu-lagunya tidak sekuat namanya. Malar segar pun hanya satu lagu iaitu Ku Rela Dibenci. Tetapi ia tidak bermakna Aiman hanya berdiam diri dan merajuk dari industri seni tempatan. Ibarat peribahasa diam-diam ubi berisi, Aiman sedang mengatur langkah untuk kembali beraksi. Menurut penyanyi lagu Permata Cinta itu dia mahu mengeluarkan lagu ciptaan sendiri selain menantikan…