Tips solek tidak bercapuk - Utusan Malaysia

Tips solek tidak bercapuk

SAPUAN foundation perlu dilakukan dengan teknik betul terutama wajah harus prep terlebih dahulu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMILIHAN bahan asas atau foundation sesuai dengan jenis dan warna kulit akan memberi efek flawless dan natural. Seringkali sapuan foundation selepas beberapa jam akan membuat solekan menjadi bercapuk atau cakey dan crack.
Kebiasaannya cakey akan terjadi pada solekan apabila foundation atau concealer dan bedak tabur tidak disapu rata. Selain pemakaian foundation terlalu banyak dan tebal juga boleh menyebabkan solekan bercapuk.
Mengikut pandangan beberapa jurusolek profesional, untuk mengelakkan sapuan foundation kelihatan bercapuk, perlu dilakukan dengan teknik yang betul terutama wajah harus prep terlebih dahulu.

1. Rawat kulit
Kulit wajah sekurang-kurangnya perlu prep dengan pelembab dan primer terlebih dahulu sebelum sapuan solekan. Memakai produk penjagaan wajah sebelum menata rias atau solekan akan melindungi dan mengekalkan kulit sihat serta membantu menciptakan permukaan yang sempurna selepas sapuan bedak alas.

2. Primer tidak serap sepenuhnya
Sapuan primer perlu sebelum mengoles foundation ke wajah. Tetapi pastikan primer serap dan kering sepenuhnya dalam beberapa saat untuk elak solekan bercapuk.

3. Pilih pelembap yang sesuai
Memakai pelembap tanpa teknik yang betul dan tidak sesuai untuk solekan, akan membuatkan wajah mudah cakey walaupun menggunakan foundation yang mahal.
Pelembap perlu dioles sehingga serap sepenuhnya ke dalam kulit. Tips untuk men­dapatkan kulit yang kekal hidrasi dan tekstur yang sempurna adalah sapu pelembap berasaskan air atau hydration lotion sebelum mengoles krim pelempap yang lebih tebal.
Ini akan membantu mengencangkan kulit apabila cukup hidrasi sementara krim berfungsi memberi efek kulit yang lebih bercahaya dan bernutrisi.

4. Eksfoliasi kulit wajah
Foundation masih bercapuk walaupun sudah memakai primer dan pelembap? Ini berkemungkinan kulit wajah banyak sel kulit mati. Lakukan eksfoliasi secara rutin untuk mencegah penggumpalan sel kulit mati sekurang-kurangnya satu kali seminggu.

5. Salah pilih foundation shade
Foundation bercapuk boleh terjadi disebabkan salah memilih foundation shade. Hasilnya, wajah akan menjadi kelabu atau gelap atau terlampau putih daripada warna kulit.
Pemilihan foundation perlulah sesuai dengan undertone kulit. Kenalpasti juga jenis foundation sesuai dengan kulit sama ada matte, hydrating atau liquid, glow dan sebagainya. Terdapat juga foundation khas untuk kulit kering dan jerawat.

6. Elakkan pakai banyak
Solekan bercapuk sekiranya memakai terlalu banyak foundation dan sapuan yang tidak rata, lebih-lebih lagi jika memakai produk dengan finishing powder dan setting powder.
Lapisan bedak yang terlalu banyak cenderung membuat kulit crack atau kering.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×