NASI minyak bukan sahaja dihidangkan ketika kenduri kahwin tetapi menu ini menjadi pilihan majlis keraian. Seri berkongsi resipi sentuhan Siti Hasmah Abu Hassan yang menggunakan bahan-bahan organik dalam penghasilan nasi minyak.
Bertambah-tambah selera jiran dan tetamu yang menjamu nasi minyak.
RESIPI NASI MINYAK
Bahan-bahan
Nasi Minyak Organik
2 cawan Cambodian brown rice
1 sudu makan marjerin Planta atau minyak sapi Vanaspati
4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, biji pelaga dan kayu manis)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia (dimayang halus)
2 cawan air rebusan ayam
1 sudu besar chicken stock
1 cawan susu cair
Kacang gajus organik
Kismis organik
Sedikit garam
Daun ketumbar dan sedikit bawang goreng untuk hiasan
Cara penyediaan
1) Panaskan minyak sapi dan marjerin Planta.
Nota: Boleh lebihkan minyak sapi jika suka nasi minyak yang rasa kuat.
2) Masukkan kayu manis, buah pelaga, halia, daun pandan dan bunga lawang.
3) Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.
4) Setelah naik bau dan keperangan, tuang air yang telah disukat mengikut sukatan beras.
5) Kacau dan masukkan sedikit garam serta chicken stock.
6) Bila air mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos. Kacau rata. Biarkan seketika.
7) Masukkan susu cair, kismis dan biji gajus yang digoreng. Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar di atas nasi.
Bahan-bahan Ayam Masak Merah
500 gram ayam (lumur kunyit, gorengkan sebentar)
4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, biji pelaga dan kayu manis)
Daun pandan
1 batang serai diketuk
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit halia (dikisar halus)
5 sudu besar cili kisar atau chili paste
½ biji tomato (dipotong dadu atau dicincang)
1 sudu kecil serbuk belacan
2 sudu besar sos tomato
½ cawan susu cair atau evaporated milk (pilihan)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
Asam keping
Minyak masak kelapa
Garam Brittany
Gula tebu
Daun ketumbar (dihiris)
Kacang peas
Kacang gajus (digoreng)
Cara penyediaan
1) Ayam digoreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
2) Panaskan minyak yang banyak dan tumis bawang, serai, empat sekawan sehingga wangi. Lebihan minyak boleh diceduk selepas siap masak.
3) Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis dengan api perlahan sehingga cili betul-betul garing dan pecah minyak.
4) Masukkan sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
5) Kacau rata dan biarkan ia mendidih sehingga terbit minyak. Jika perlu, masukkan sedikit air lagi.
6) Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata sehingga ayam masak dan naik minyak.
7) Tuangkan susu cair, kacang peas, bawang besar, kacang gajus goreng dan juga daun ketumbar.
8) Siap untuk dihidang bersama nasi minyak dan acar jelatah.
Bahan Acar Jelatah
3 sudu besar cuka epal organik
1 sudu besar gula tebu
1 sudu kecil garam
1 sudu besar jus lemon
Bahan Salad
½ batang lobak merah (dipotong dadu)
½ biji tomato (dipotong dadu)
Nenas (potong dadu)
Timun (potong dadu)
Cili merah (dihiris)
Bawang merah (dihiris)
Cara penyediaan
1) Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati dan tuangkan ke dalam mangkuk salad.
Nota: Penggunaan cuka epal beri rasa yang lebih sedap berbanding cuka buatan dan kurangkan bau hamis.










