Anggota bomba sukarelawan disyaki cetus kebakaran hutan Perancis

Anggota bomba sukarelawan disyaki cetus kebakaran hutan Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FONTAINEBLEAU: Seorang anggota bomba sukarela yang disyaki mencetuskan kebakaran di Hutan Fontainebleau yang bersejarah di Perancis, dikenakan siasatan rasmi dan ditahan reman, kata pihak pendakwaan pada Rabu.

Suspek berusia 18 tahun itu pada mulanya mengaku membakar ranting menggunakan pemetik api dan petrol sebelum menarik balik pengakuannya, kata pendakwa raya Diane Ngomsik kepada AFP, mengesahkan laporan BFMTV.

Secara keseluruhan, enam individu sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kebakaran hutan yang memusnahkan lebih 2,000 hektar kawasan Hutan Fontainebleau, kira-kira 60 kilometer di tenggara Paris.

Kira-kira 1,000 penduduk tempatan terpaksa dipindahkan apabila api merebak, manakala lebuh raya utama A6 yang menghubungkan Paris dengan bahagian tenggara negara itu turut ditutup.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan pada petang Selasa ratusan anggota bomba berjaya mengawal kebakaran, namun api masih belum dipadamkan sepenuhnya.

Perancis kini berdepan satu lagi gelombang haba, dengan suhu tinggi menyumbang kepada peningkatan kejadian kebakaran hutan.

Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez berkata, sebanyak 32,000 hektar kawasan terjejas akibat kebakaran sejak awal tahun ini, melebihi keseluruhan kawasan yang terbakar sepanjang musim kebakaran 2025.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN