Kek pandan gula Melaka gebu dan cantik - Utusan Malaysia

Kek pandan gula Melaka gebu dan cantik

Kek pandan gula Melaka tular kerana rasanya yang lemak manis dan teksturnya yang gebu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kek pandan gula Melaka pernah menjadi tular suatu ketika dahulu dek rasanya yang lemak manis dan teksturnya pula gebu.

Namun, kek pandan gula melaka yang dikongsikan oleh Siti Mahfuzah Ma Hussin ini, bukan sahaja enak, tetapi dihias cantik hingga pasti menambat selera sesiapa saja yang memandangnya.

Bahan-bahan
Adunan kek
Bahan A

Marjerin tidak masin (suhu bilik) 250 gram (g)
330 g gula kastor
3 biji telur gred A
1 sudu besar esen Vanilla
2 sudu besar perisa Pandan

Bahan B
Tepung gandum 200 g
Tepung naik sendiri 180 g
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 cawan susu penuh krim

Krim
Marjerin tidak masin 125 g
Krimwell 250 g
Shortening 250 g
¾ cawan gula icing
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar perisa pandan
Pukul semua bahan dengan mixer hingga krim jadi gebu

Bahan tambahan
Kelapa parut kering
Gula melaka yang telah dicairkan

Cara-cara

*Adun bahan A menggunakan pengadun pada kelajuan sederhana laju.

*Dimulai dengan marjerin yang telah lembut dengan suhu bilik, pukul sehingga warna marjerin menjadi pudar dan sedikit gebu.

*Masukkan gula kastor. Perlahankan kelajuan pengadun dan masukkan telur satu persatu.

*Setelah adunan rata, tingkatkan kelajuan mixer pada tahap sederhana sehingga adunan sedikit kembang.

*Hentikan pengadun dan masukkan Bahan B dimulai dengan semua bahan kering dimasukkan sedikit demi sedikit, berselang seli dengan dengan susu.

*Kacau menggunakan spatula

*Bahagikan adunan untuk dimasukkan dalam loyang mengikut saiz dikehendaki.

*Untuk kek ini, bahagikan adunan kepada dua untuk saiz kek yang dikehendaki iaitu 2 biji kek 5 inci dengan 3 lapisan .

*Panaskan ketuhar pada suhu 160 selsius selama 10 minit. Masukkan loyang berisi adunan tadi ke dalam ketuhar selama 30 minit.

*Setelah kek siap dibakar, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sehingga sejuk sebelum dihias dengan krim.

*Sediakan krim dengan campurkan semua bahan krim di dalam pengadun dengan kelajuan tinggi selama 8 minit.

*Untuk gula melaka, cairkan 200g gula melaka di atas dapur api perlahan dengan 1 sudu tepung jagung supaya lebih pekat. Masukkan daun pandan dan gula melaka.

*Letakkan krim, kelapa parut kering dan cecair gula melaka di antara lapisan kek .

*Kemudian, balutkan kek dengan krim berwarna hijau.

*Untuk hiasan bunga daisy, gunakan krim putih dalam piping bag untuk menghasilkan kelopak bunga dan krim warna kuning untuk hiasan di tengah-tengah bunga daisy.

*Siap untuk di hidangkan kepada tetamu. Selamat mencuba!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN