Dosa silam terhapus setelah memeluk Islam
SOALAN
Selepas memeluk Islam, saya berazam meninggalkan perbuatan saya lakukan sebelum Islam. Saya banyak melakukan dosa yang Islam kategorikan sebagai dosa besar seperti minum arak dan seks bebas. Apakah status dosa saya itu? Bagaimana saya mengelak untuk melakukan perbuatan tersebut kerana risau tergoda?
Saudara baharu
Klang
JAWAPAN
Apabila tuan masuk Islam semua dosa-dosa tuan terhapus setelah memeluk Islam. Islam menghapuskan dosa-dosa yang lampau. Untuk mengelakkan perkara-perkara yang disebutkan itu, berkahwinlah dan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti di masjid, bersukan selain mendapatkan nasihat doktor.
Anak saudara tiada peruntukan faraid
SOALAN
Sebagai anak saudara kepada pakcik saya. Adakah saya layak menerima harta pusaka jika pakcik saya yang tiada anak meninggal dunia? Untuk makluman, saya ialah anak kepada kakaknya, maka nasab keturunan dianggap lemah.
Aqil Jumaat
Sungai Petani
JAWAPAN
Anak sebelah kakak tidak ada peruntukan faraid. Yang hanya wasiat jika terdapat wasiat tidak melebihi 1/3 bahagian.
Dapat isteri, bidadari di syurga
SOALAN
Apakah yang berlaku kepada seorang lelaki jika dia masuk syurga sedangkan tidak pernah ada isteri semasa hayatnya?
Naim
Kuala Kangsar
JAWAPAN
Insya-Allah dia akan mendapat isteri dan bidadari di syurga kelak.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]










